Menu
Aurat Dalil Al Quran“ | Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)[2] | ” |
“ | "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)[3] | ” |
“ | "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)[4] | ” |
Menu
Aurat Dalil Al QuranBerkaitan
Aurat Aura Dione Aurangzeb Aura Kasih Aurangzeb (filem) Aura (kumpulan nasyid) Aurangabad, Aurangabad, Maharashtra Aurad Muhammadiah Aurangabad, Bulandshahr AuraiyaRujukan
WikiPedia: Aurat http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2006/... http://www.youngmuslims.ca/online_library/books/th... http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?n... http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?n... http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?n... http://www.islamqa.com/en/ref/150 http://www.islamqa.com/en/ref/21536 http://www.muhajabah.com/docstorage/voice-amina-h.... http://muttaqun.com/niqab.html http://seekingilm.com/archives/44